Tuesday, September 19, 2006

Dah 1 tahun!!!

Kejap je dah setahun umur Hurin. Hari ni genap 1 tahun umur Hurin. Hurin dah membesar menjadi seorang yang aktif, lincah, ceria dan cerdik :)

Setakat ni dah boleh sebut 'ayah' dan 'mam'(makan). Hurin juga kenal objek2, jika kita sebut 'flag' dia akan lihat sekeliling untuk mencari bendera. begitu juga dengan perkataan seperti 'ibu','ayah','fan','light','cat' dan byk lagi. Dia dah mula faham apa yg kita perkatakan. kalau cakap 'sit' or 'stand' Hurin akan buat seperti yg diminta.

Dari segi kesihatan, agak kurang baik, Hurin mudah demam, setiap bulan mesti demam, sekarang ni sedang batuk2, teruk juga bunyinya. So makan ubat je la hari2.

Gigi dah keluar 2 di atas (besar plak tu) dan dua di bawah. nampak ada lagi nak kuar di kiri dan kanan gigi2 tu. makanan kegermaran Hurin ialah biskut baby 'rusk', kalau beri memang dia tak tolak. Adakalanya bila Hurin merengek dia nakkan biskut, kdg2 air masak, kdg2 susu... so kena la sua satu2 kat dia, mana yg dia taknak tu nanti dia geleng kepala sampai la kita suakan apa yg dia nak. :)

Takat ni dulu, maybe malam esok nak bawa Hurin gi cucuk sbb dah 1 tahun :)

Sehingga jumpa lagi di lain update