Wednesday, December 19, 2007

Esok Raya Haji

Hari ni Hurin kat Rembau. Kena tinggal dengan Tok Mak. Dah 2 hari Hurin kena tinggal. Mesti Hurin sedihkan sebab Ibu dan Ayah tak balik semalam. :( uwaaaaaa

Bulan ni Hurin tak berapa sihat. Hari tu demam dekat 2 weeks. Wan datang duduk Bangi jaga Hurin sebab Ibu dan Ayah tak boleh nak cuti.

Isnin lepas (10Dec07) hantar Hurin ke Nurseri. Ok je Hurin hari tu. 11Dec07 Cuti Sultan Selangor... Ayah tak keje but Ibu keje. So Hurin tak de la pegi ke nurseri. Esoknya hari Rabu 12 Dec 07, Hurin pegi nurseri semula. Petang tu masa ambil Hurin, Hurin muntah depan pintu nurseri. Hmmmm apa la dia makan kat nurseri ni... badan sihat je, tak demam. Malam tu, pegi pulak ambil Wan dari rumah Anisah kat Bukit Jelutong, Shah Alam. Dalam perjelanan ke sana, 3 kali Hurin muntah dalam kereta. Habis kena kerusi, lantai dan pintu.

Esoknya (Khamis dan Jumaat) Hurin tinggal kat rumah dengan Wan. Sabtu hantar Wan balik Seremban. Makan malam kat Usop Corner dengan Ayah, Ibu, Wan dan uncle Mat. Uncle Man takde sebab pegi camping.

Malam tu Hurin balik ke rembau.Sampai la hari ni. Isnin ayah dan ibu balik ke Bangi sebab kerja. Hurin 1st time tinggal kat Rembau.

Bulan November ari tu ada buat open house raya... raya la org datang, boleh kata semua la datang. Sejak lepas raya ni Hurin dah mula kenal orang... so tak de la takut2 bila jumpa org lain. Kalau ada org datang rumah, Hurin punya la seronok. Kalau org tu nak balik nanti Hurin menangis mungkin sebab kena tinggalkan. Dia nak main tak de kawan.

Wednesday, September 19, 2007

Today I am 2 years old!!!

Cepatnya massa berlalu, hari ni genap Hurin 2 tahun. Hurin dah besar, cakap pun dah petah, garang plak tu. kadang2 degil pun ada. Gigi dah banyak, makan pun banyak. Since last blog update macam2 dah berlaku.

Malam tadi , ibu dan ayah bawak Hurin makan kat Pizza Hut, bukan makan pizza tapi Hurin suka makan spaghetti yang kaler putih tu. ntah apa ke nama dia. So sempena besday Hurin bawak la gi makan kat situ.

Sebelum tu ada beli besday kek coklat tuk Hurin, so sempat la blow candle kat rumah before pegi Pizza Hut. Hurin plak takut nak blow candles tu. Lepas Hurin potong kek tu banyak gak dia makan, sedap dia kata. Ibu yang belikan kek coklat tu, mahal plak tu, setengah kilo sampai RM32. takpe la skali skala je. So Happy Birthday Hurin!!! Dah 2 Tahun dah kan.

Bulan Ogos lepas sebulan Hurin tak ke nurseri lepas baik dari kena penyakit Kaki, tangan dan mulut. Masa tu mulut penuh ulser nak makan pun susah, dah demam. Penyakit tu berjangkit dari budak2 kat nurseri. So, Hurin tak pegi nurseri selama 2 weeks dalam bulan Julai. Kebetulan pulak Ibu kena sakit mata dan MC 2 minggu, so Ibu la jaga Hurin kat rumah.

Bulan Ogos Ibu dah berenti keje sebab tak dapat gaji 2 bulan. So Hurin pun cuti la dari nurseri selama sebulan. Duk di rumah badan Hurin nampak berisi sikit, pipi pun dah bulat, makan byk, dan makan terjaga. Rasanya kat Nurseri diorg tak bagi Hurin makan sampai habis. Kalau kat rumah Hurin makan nasi siap bertambah lagi, tak cukup 1 mangkuk nasi. Bila balik Rembau dan Seremban semua orang kata badan Hurin nampak sihat dan berisi. Berat pun dah naik ke 10 kg. Alhamdulillah.

Hurin dan boleh hafal ABC sampai Z, one, two, three pun dah boleh sampai ten cuma kadang2 termiss nine, after eight terus ten :). Doa makan pun dah boleh baca sikit2.

September Ibu start keje kat RHB Jalan Bukit Bintang, so Hurin start ke Nurseri semula. kat Nurseri Hurin belajar satu, dua, tiga in BM. balik umah dia sebut tapi tak abis lagi sampai sepuluh. Pastu doa makan pun ada improvement, rasanya cikgu pun ada ajar kat Nurseri. Berat badan still maintain 10kg. Muka dah kurang bulat, pipi dah mula kurus sebab makan tak dijaga.

Start Ibu keje kat KL ni, jadual harian semua berubah. Semua orang keletihan. Pagi bangun 530pagi, buat nasi dan sup sayur untuk Hurin ke sekolah. Hurin bangun dalam pukul 6 lebih, mandi, makan ubat, makan spirulina, breakfast then kul 7 hantar ke Nurseri. Lepas tu Ayah pegi hantar Ibu ke KL. lepas hantar Ibu Ayah ke pejabat kat Kajang.

Petang pulak, Ayah ambil Hurin lebih kurang 530pm, then pegi ambil Ibu kat KL. sampai KL dalam 615pm or 630pm, sampai rumah paling cepat 715 malam. Kul 10 malam dah kena masuk tido sebab nak bangun 530pagi esoknya. Memang amat meletihkan, badan abis sakit2, penat sangat rasa, buat masa terpaksa diteruskan. Doakan la Ibu dapat kerja berdekatan so tak payah la nak terkejar2 hari-hari.

Friday, June 08, 2007

1 year 8 months +

WOW!!! lamanya tak update blog Hurin ni. Macam2 dah berlaku dalam last few months. Hurin dah boleh bercakap agak lancar dan memberi arahan. Mengenali objek dan gambar. Dah mula belajar ABC DARI CD Disney Barney. Berlari memang dah laju dah. Percakapan pun dah dalam bentuk ayat.

Kalau nak makan, Hurin akan kata 'Nak Rice','Nak Chuicken',etc. Hurin juga dah boleh mengingat nama2 orang.

Gigi pun dah banyak. gigi depan 4 atas, 4 bawah, geraham 4, gigi taring dah mula nak keluar. Kalau taim Hurin sihat memang dia kuat makan. tapi badan still kecik gak baru dlm 9 kilo. Malam tadi je dia makan bubur, bihun dan waffle. semuanya dia nak makan serentak.

Last weekend we went back to Penang, Uncle Chik punya wedding kat Kepala Batas. Arrived there on Thursday and the wedding is on Sunday. An hour after we arrived, Hurin membuang then ada darah sekali ngan lendir. Ibu was paniced. we went to a normal provate clinic but the doctor wanted to refer Hurin to the Hospital since they dont have sufficient medications. Waaaa. camne ni datang jauh2 pastu nak kena duk hospital plak.

Then ayah called his fren (uncle Pakwan in Seberang Jaya), ayah asked him where is the best pediatrician yg dia biasa bawa anak2 dia. So Uncle Pakwan, sent us there. The doctor gave some medications, antibiotics, etc. If the next day still no improvement then the doctor will jab the antibiotic. So every morning till Sunday we went to take a jab at the clinic.

According to the doctor, the virus infection has been there for few days but we did not realized it untilthe blood started to come out. The infection could be from poluted water that Hurin drank, tak tau la dari mana.

Now i think Hurin has recovered from the infection. She looks healthy.

Saturday, March 31, 2007

Dah 18 bulan.. setahun setengah laaaa...

Lamanya tak update blog Hurin ni, dah dua bulan lebih. Sekarang ni Hurin dah pandai berlari, bercakap pun boleh tahan. dah banyak vocabulary yang Hurin tahu. Dah boleh mengenali gambar yang ada dalam buku. Tahu serba sedikit anggota badan. Faham arahan yang diberikan.

Kesihatan pun boleh dikatakan OK. Tak la selalu demam macam dulu.
Hurin pun agak garang sekarang ni. favourite word kalau marah ialah 'Ambooooiiiii!!!'

Hurin boleh memahami arahan dalam bahasa inggeris seperti 'Take your milk and put on the table'. Antara vocal baru Hurin yang dia faham dan boleh sebut ialah
1. Shirt
2. Seluar
3. Bedak
4. powder
5. Car
6. Bus
7. Lorry
8. Moon
9. Cat
10.Dog
11.Rice
12.Bobor (bubur)
13.Orange
14.Water
15.Drink
16.Bread
17.Ubat
18.Rain
19.hehehee tak ingat la byk sgt nak tulis

Hurin pun tak susah nak makan ubat sekarang ni. Suka makan biskut dan roti.
Kalau malam nak tidur, Hurin akan minta susu dan kain, lepas tu dia akan baring minum susu dan terus tidur. Alhamdulillah senang juga... tak payah berbuai.

Hurin pun dah boleh ingat nama2 orang... seperti Acu, Acik, A'iz, Sincan,Atok,Mak.
Sekarang ni Hurin pantang kalau nampak playground mesti nak pergi main dan tak nak balik. Dah pandai main gelongsor.

Hari berkerja Hurin bangun pukul 7 pagi dan mandi sebelum pergi ke nurseri. Hurin akan tinggal di nurseri hingga pukul 6.30 petang. Dan balik ke rumah HUrin akan makan malam; nasi/ bubur dengan sup sayur + lauk ikan/ayam. Lepas Hurin akan main toys dia or baca buku gambar buah dan buku binatang atau pun buku cerita bergambar.

Sunday, January 21, 2007

Hari Raya October 2006 Pictures

These pictures were taken by UNcle Man using his handphone.... Thank you