
Dah lama betul Ayah tak update blog ni. Betul2 bz :-). Anyway Ibu nak sambung tugas Ayah yang tergendala ni. Banyak betul info and events yang tertinggal sepanjang tahun 2009 yang nak dimuatkan dalam blog ni. Sampai tak tahu mana satu nak diceritakan. Alhamdulillah semakin berakhirnya tahun 2009 ni semakin bertambah baik kesihatan Hurin. Kalau dulu asyik sakit je, sehingga Ibu terpaksa berhenti kerja dan cari kerja lain sekitar Bangi. Hopefully, pengorbanan Ibu berbaloi.
Hurin sekarang dah makin cerdik and pandai bercakap. And also pandai nak melawa. Siap ada make-up tools sendiri.
September 09 - Sambutan birthday Hurin on 19th this year ala kadar je, lagi pun esok dah nak Raya. But we celebrate her birthday 2 times. Sekali kat rumah mak and atuk di Rembau and satu lagi di kampung Wan kat Gadong. Actually ada 3 celebrations untuk Hurin, but unfortunately the special 'Thomas' cake that we ordered, 'dijatuhkan' oleh pekerja kedai kek. Takpelah maybe next time. Takde rezeki.
September 09 - Cuti2 Malaysia n Raya Feast tahun ni, Hurin pergi Penang dengan Ayah, Ibu, Mak, Mak Cik, Mak Chu, Cik We n family, Cik Yam n Yam and also with new uncle- Uncle Bill. Hurin so excited sebab nak naik kapal terbang from KLIA to Penang. She thought that is the first time naik kapal terbang. Sebenarnya a few times dia dah naik masa kecil, mana nak ingat. Sampai Penang Ayah n Ibu bawa ronda2 pulau before naik ferry menuju rumah tok mama kat Kepala Batas. Hurin memang suka naik ferry. Nasib baik kali ni Hurin tak demam macam first time balik Penang dulu, sampai nak warded kat Hospital disebabkan kuman dalam darah. Balik dari Penang ke KL pun naik flight juga tapi Hurin dah tak excited sangat sebab dia kata naik flight boring...tak nampak apa pun. Anyway Hurin kata best juga Raya tahun ni.
November 09 - Raya Haji Hurin pergi sembahyang raya di surau dekat dengan rumah Mak. Tapi Hurin tak leh nak kushuk sembahyang sebabnya kambing asyik mengembik n tak tahan bau najis lembu. Balik dari surau Hurin nak ikut mak Long pergi tengok orang buat korban. Nasib baik Hurin tak takut tengok bahagian anggota lembu yang terpisah. Esok harinya Hurin pergi rumah Wan kat Seremban sebab Wan ada buat korban. Oleh kerana terlampau syok Raya Haji, main dengan sepupunya Izzairi, abang Iz, n abang Amir, Hurin tak nak balik ke Bangi. Hurin minta izin kat ibu nak tinggal kat rumah Mak. Dia kata dia ada bawa baju 2. Ibu kesian tengok Hurin tapi Ayah tak benarkan. Bimbang takut susahkan orng lain nanti. So malam tu Hurin bertolak balik ke Bangi dengan air mata berlinangan. Tapi bila Ibu janji nak bagi hadiah birthday yang Ibu belum 'hand over', mood Hurin bertukar ceria. Sampai tak boleh nak duduk diam. Excited sangat. Bila sampai rumah, terus ibu serahkan hadiah. Wow tahun ni Hurin dapat hadiah vacuum mainan dari Ayah n Ibu. Bestnya.
December 09 - Cuti2 Malaysia 2, on 25th , Ayah n Ibu bawa jalan2 ke KLCC, together with mak Cik, Mak Chu n abang Iz. Pergi naik skybridge. Mandi pool n tengok fountain. Yang paling best tengok christmast tree yang besar dlm KLCC. Hurin minta ayah belikan Christmas tree sebab Hurin nak hiaskannya. Masa lepak2 makan donat, krew RTM1 mintak kebenaran nak interview Mak Cik sempena cuti2 Malaysia. Mak Cik masuk tv!!. Tapi Hurin marah sebab dia takut nanti Mak Cik tak boleh keluar dari dalam tv. Apala Hurin ni. Belum sempat habis jalan dalam KLCC, Hurin dah terlena keletihan. Hurin belum makan lagi. Letih sangat mandi kolam tu.
December 09 - Cuti2 Malaysia 3, on 26th, Hurin pergi Port Dickson dengan Ayah, Ibu n abang Iz. Hurin mula2 main pasir je. Hurin tak suka dengan ombak. Hurin takut dengar bunyi ombak. Tapi Ibu paksa Hurin mandi laut juga. Hurin menangis tersesak-esak. Hurin peluk Ibu sekuat-kuatnya. Takut sangat dia. Bila Ibu paksa Hurin baring atas pelampung macam Ayah buat, baru Hurin kata bestnya. tapi nak buat macam mana hari dah mula gelap n hujan dah turun. Hurin seronok betul main dengan abang Iz. Lepas siap tukar baju, Ayah n Ibu bawa , Hurin n abang Iz pergi makan kat KFC. Dalam KFC masa Ayah n Ibu tengah pilih menu, Hurin dengan selamba pegang n tarik baju seorang budak lelaki yang menuju ke pintu untuk keluar. Budak lelaki tu kebetulan pakai baju warna merah seakan sama dengan abang Iz. Nasib baik Ibu perasan. Padahal abang Iz ada dekat Ibu. Hurin malu terus muka jadi merah. Hurin...Hurin... Bila nak balik Bangi, Hurin buat hal again. Dia nak ajak abang Iz balik. Nasib baik bila dipujuk, baru Hurin ok. Kesian Hurin, dia boring main seorang diri. Apa nak buat.
December 09 - on 31st, nak pergi tengok bunga api kat mana yer. Ayah balik lambat. Kita pergi tengok area yang dekat jerla. Ayah bawa pergi Mines. Banyak kereta yang berhenti for the same purpose. Apabila tiba detik 12 malam, nothing is happen. No fireworks at all. Mines takde budget for fireworks. Hurin tak puas hati. Dia suruh tunggu juga. Yelah ayah tunggu 10 minit. Memang takde pun. Apa-apapun diharapkan tahun 2010 tidak akan menghampakan Hurin untuk segala-galanya. Insyallah.
* Nanti Ibu tolong uploadkan gambar2 Hurin sepanjang tahun 2009.