Wednesday, December 19, 2007

Esok Raya Haji

Hari ni Hurin kat Rembau. Kena tinggal dengan Tok Mak. Dah 2 hari Hurin kena tinggal. Mesti Hurin sedihkan sebab Ibu dan Ayah tak balik semalam. :( uwaaaaaa

Bulan ni Hurin tak berapa sihat. Hari tu demam dekat 2 weeks. Wan datang duduk Bangi jaga Hurin sebab Ibu dan Ayah tak boleh nak cuti.

Isnin lepas (10Dec07) hantar Hurin ke Nurseri. Ok je Hurin hari tu. 11Dec07 Cuti Sultan Selangor... Ayah tak keje but Ibu keje. So Hurin tak de la pegi ke nurseri. Esoknya hari Rabu 12 Dec 07, Hurin pegi nurseri semula. Petang tu masa ambil Hurin, Hurin muntah depan pintu nurseri. Hmmmm apa la dia makan kat nurseri ni... badan sihat je, tak demam. Malam tu, pegi pulak ambil Wan dari rumah Anisah kat Bukit Jelutong, Shah Alam. Dalam perjelanan ke sana, 3 kali Hurin muntah dalam kereta. Habis kena kerusi, lantai dan pintu.

Esoknya (Khamis dan Jumaat) Hurin tinggal kat rumah dengan Wan. Sabtu hantar Wan balik Seremban. Makan malam kat Usop Corner dengan Ayah, Ibu, Wan dan uncle Mat. Uncle Man takde sebab pegi camping.

Malam tu Hurin balik ke rembau.Sampai la hari ni. Isnin ayah dan ibu balik ke Bangi sebab kerja. Hurin 1st time tinggal kat Rembau.

Bulan November ari tu ada buat open house raya... raya la org datang, boleh kata semua la datang. Sejak lepas raya ni Hurin dah mula kenal orang... so tak de la takut2 bila jumpa org lain. Kalau ada org datang rumah, Hurin punya la seronok. Kalau org tu nak balik nanti Hurin menangis mungkin sebab kena tinggalkan. Dia nak main tak de kawan.