Wednesday, September 19, 2007

Today I am 2 years old!!!

Cepatnya massa berlalu, hari ni genap Hurin 2 tahun. Hurin dah besar, cakap pun dah petah, garang plak tu. kadang2 degil pun ada. Gigi dah banyak, makan pun banyak. Since last blog update macam2 dah berlaku.

Malam tadi , ibu dan ayah bawak Hurin makan kat Pizza Hut, bukan makan pizza tapi Hurin suka makan spaghetti yang kaler putih tu. ntah apa ke nama dia. So sempena besday Hurin bawak la gi makan kat situ.

Sebelum tu ada beli besday kek coklat tuk Hurin, so sempat la blow candle kat rumah before pegi Pizza Hut. Hurin plak takut nak blow candles tu. Lepas Hurin potong kek tu banyak gak dia makan, sedap dia kata. Ibu yang belikan kek coklat tu, mahal plak tu, setengah kilo sampai RM32. takpe la skali skala je. So Happy Birthday Hurin!!! Dah 2 Tahun dah kan.

Bulan Ogos lepas sebulan Hurin tak ke nurseri lepas baik dari kena penyakit Kaki, tangan dan mulut. Masa tu mulut penuh ulser nak makan pun susah, dah demam. Penyakit tu berjangkit dari budak2 kat nurseri. So, Hurin tak pegi nurseri selama 2 weeks dalam bulan Julai. Kebetulan pulak Ibu kena sakit mata dan MC 2 minggu, so Ibu la jaga Hurin kat rumah.

Bulan Ogos Ibu dah berenti keje sebab tak dapat gaji 2 bulan. So Hurin pun cuti la dari nurseri selama sebulan. Duk di rumah badan Hurin nampak berisi sikit, pipi pun dah bulat, makan byk, dan makan terjaga. Rasanya kat Nurseri diorg tak bagi Hurin makan sampai habis. Kalau kat rumah Hurin makan nasi siap bertambah lagi, tak cukup 1 mangkuk nasi. Bila balik Rembau dan Seremban semua orang kata badan Hurin nampak sihat dan berisi. Berat pun dah naik ke 10 kg. Alhamdulillah.

Hurin dan boleh hafal ABC sampai Z, one, two, three pun dah boleh sampai ten cuma kadang2 termiss nine, after eight terus ten :). Doa makan pun dah boleh baca sikit2.

September Ibu start keje kat RHB Jalan Bukit Bintang, so Hurin start ke Nurseri semula. kat Nurseri Hurin belajar satu, dua, tiga in BM. balik umah dia sebut tapi tak abis lagi sampai sepuluh. Pastu doa makan pun ada improvement, rasanya cikgu pun ada ajar kat Nurseri. Berat badan still maintain 10kg. Muka dah kurang bulat, pipi dah mula kurus sebab makan tak dijaga.

Start Ibu keje kat KL ni, jadual harian semua berubah. Semua orang keletihan. Pagi bangun 530pagi, buat nasi dan sup sayur untuk Hurin ke sekolah. Hurin bangun dalam pukul 6 lebih, mandi, makan ubat, makan spirulina, breakfast then kul 7 hantar ke Nurseri. Lepas tu Ayah pegi hantar Ibu ke KL. lepas hantar Ibu Ayah ke pejabat kat Kajang.

Petang pulak, Ayah ambil Hurin lebih kurang 530pm, then pegi ambil Ibu kat KL. sampai KL dalam 615pm or 630pm, sampai rumah paling cepat 715 malam. Kul 10 malam dah kena masuk tido sebab nak bangun 530pagi esoknya. Memang amat meletihkan, badan abis sakit2, penat sangat rasa, buat masa terpaksa diteruskan. Doakan la Ibu dapat kerja berdekatan so tak payah la nak terkejar2 hari-hari.