Monday, August 07, 2006

Gigi atas dah keluarrrrr

Dalam pada Hurin demam sejak hari Rabu lepas (5 hari dah) rupa-rupanya gigi atas HUrin dah keluar dua batang. Semalam jer baru Ibu perasan sbb tak berapa nampak lagi gigi tu. Lambantnya tumbuh , rasanya dah dua bulan sejak dua batang gigi bawah Hurin tumbuh. So sekarang semua dah ada 4 batang.. dua atas dan dua bawah. :)

Semua M.C. ari ni

Hari ni Ibu dan Ayah cirit-birit. Hurin pulak tak sihat-sihat lagi. Hantar pergi nurseri pagi tadi tapi Hurin merengek je kat nurseri. Lepas ayah dan ibu pegi klinik terus pegi ambil Hurin kat nurseri. Masa ambil HUrin mata Hurin bengkak jer sebab banyak menangis kot. Lepas balik rumah nampak Hurin ceria sikit. Demam panas dah kurang tapi selsema dan batuk masih ada lagi. Bila batuk bunyi kahak tapi tak keluar. Mungkin malam ni nak kena pergi klinik untuk ambil gas untuk keluarkan kahak.

Saturday, August 05, 2006

Demam lagi???

Hmmm... ari ni Hurin meragam jer... demam tambah teruk semula.. makan bubur pun tak lalu... badan pun lemah je... nak baring jer.Perut Hurin pun meragam kot sebab berak pun cair.. banyak kali plak tu.

Sekarang ni dah pukul 10.10malam, Hurin baru je tidur, tak tau la berapa lama tu, mungkin kejap lagi dia jaga balik sebab tekak Hurin tak OK, batuk pun bunyi kahak tapi tak lepas, tak keluar macam terperangkap kat paru-paru.

Ayah doakan Hurin cepat sembuh. Amin

Friday, August 04, 2006

Update blog guna email

Ari ni ayah baru discover yang blog ni bleh di update dari email. Maksudnya takyah nak kena login kat blogger/blogspot baru bleh nak update. Senang la kalau camtu. So ni adalah update dari email, tak tau la jadi ke tak ni... cuba la yer!!!

Demam dah kurang

Hari ni demam Hurin dah kurang sket but still panas gak. Malam tadi masa tidur 2 kali Hurin batuk sampai muntah sebab gatal sgt tekak dia. Lepas 4.30pagi baru lah lena Hurin tidur. Dekat pukul 8 pagi Hurin bangun, makan ubat dan lepas tu pegi ke Nurseri. Rupa-rupanya ada budak demam kat Nurseri, tu yang Hurin ikut demam tu. Semalam masa ambil Hurin awal dari Nuresri(pukul 1 tengahari) Cikgu ada bagi tahu ramai yang demam :(. Patut la Hurin demam.

Wednesday, August 02, 2006

Hurm.. Hurin tak berapa sihat...

Lama Hurin tak demam... pagi semalam Hurin ada batuk sket... but malam tadi is worst. Hurin gatal tekak semula macam dulu. tidur pun tak lena, kejap2 terjaga sebab ada mucus kat tekak Hurin. Ada sekali hurin batuk sampai termuntah, keluar balik bubur nasi dan susu. Kesian Hurin. Pagi ni nampak OK sket but awal pagi (subuh) badan Hurin panas sket tapi dah bagi makan ubat demam malam tadi dan pagi ni. Hopefully Hurin sihat semula hari ni.

Gigi Hurin setakat ni no progress.. just maintain dua btg yg bawah je dah kuar sejak dekat dua bulan lepas. Bila nak kuar yg atas plak tak tahu la... :)

Thursday, July 27, 2006

Hurin sihat.. Alhamdulillah

Lately kesihatan Hurin agak baik... eventough still makan ubat (ventolin & piriton) but tido malam dia tak terganggu. Cuma bangun tuk menyusu je dua or tiga kali bangun setiap malam. Badan pun dah nampak berisi sikit.

Hurin dah boleh berdiri sket-sket. She can stand still for about 5 seconds and she is also very active. Nak memanjat je keje dia

Makan pun kuat!!! Pantang nampak orang makan mesti Hurin pun nak makan. Paling dia suker nak minta makanan yg org makan, makanan dia sendiri dia taknak makan :). But however hurin makan alot. bangun tido pagi makan RUSK biscuit 1 piece (on the way to nusery), then pagi dia akan makan bubur nasi yang dibekalkan ke nurseri, then tengahari makan lagi bubur nasi. and in between time until ke petang she will also drink milk. Petang bila jemput Hurin, Hurin akan makan 1 more piece of biscuit. Malam plak makan bubur lagi.. kalau tak cukup makan plak biscuit lagi 1 piece (biasanya mmg tak cukup pun). then nak tido minum susu lagi. Kuat tuk Hurin makan :) tapi bagus la daripada Hurin tak nak makan lagi susah nanti.

Tengah malam kalau Hurin bangun nak susu dia takkan menangis but she will call ayah tuk bangun (call in her own way)... dia akan bersuara 'AAAAAAAAA' berulang kali sambil memandang ke Ayah yg tido sampai la Ayah jaga. (Hurin tido dlm baby cod). Lepas tu bila Ayah bangun buat susu, Hurin akan berdiri kat dlm babykod dia sambil melihat. Bila susu dah siap nak sua kat Hurin, Hurin akan baring sendiri. So far she is easy to manage. Tak la cerewet sangat... Alhamdulillah. harap-harap kesihatan Hurin berpanjangan :) Insya Allah

Hurin sihat.. Alhamdulillah

Lately kesihatan Hurin agak baik... eventough still makan ubat (ventolin & piriton) but tido malam dia tak terganggu. Cuma bangun tuk menyusu je dua or tiga kali bangun setiap malam. Badan pun dah nampak berisi sikit.

Hurin dah boleh berdiri sket-sket. She can stand still for about 5 seconds and she is also very active. Nak memanjat je keje dia

Makan pun kuat!!! Pantang nampak orang makan mesti Hurin pun nak makan. Paling dia suker nak minta makanan yg org makan, makanan dia sendiri dia taknak makan :). But however hurin makan alot. bangun tido pagi makan RUSK biscuit 1 piece (on the way to nusery), then pagi dia akan makan bubur nasi yang dibekalkan ke nurseri, then tengahari makan lagi bubur nasi. and in between time until ke petang she will also drink milk. Petang bila jemput Hurin, Hurin akan makan 1 more piece of biscuit. Malam plak makan bubur lagi.. kalau tak cukup makan plak biscuit lagi 1 piece (biasanya mmg tak cukup pun). then nak tido minum susu lagi. Kuat tuk Hurin makan :) tapi bagus la daripada Hurin tak nak makan lagi susah nanti.

Tengah malam kalau Hurin bangun nak susu dia takkan menangis but she will call ayah tuk bangun (call in her own way)... dia akan bersuara 'AAAAAAAAA' berulang kali sambil memandang ke Ayah yg tido sampai la Ayah jaga. (Hurin tido dlm baby cod). Lepas tu bila Ayah bangun buat susu, Hurin akan berdiri kat dlm babykod dia sambil melihat. Bila susu dah siap nak sua kat Hurin, Hurin akan baring sendiri. So far she is easy to manage. Tak la cerewet sangat... Alhamdulillah. harap-harap kesihatan Hurin berpanjangan :) Insya Allah

Saturday, July 08, 2006

Tak Baik Demam Lagi

Malam tadi bawa Hurin pergi jumpa doktor Khairul Azman (Klinik Ummi Salihah) sebab demam dan batuk tak baik2. Doktor kata kahak banyak kat paru-paru Hurin, so doktor bagi Hurin sedut gas tuk pecahkan kahak. Masa tu temperature badan Hurin normal 36.8 darjah celcius. Tapi bila tengah malam badan Hurin jadi panas... tidur pun susah. Doktor bagi ubat demam, batuk, selsema dan antibiotik. Doakan Hurin cepat sembuh :).

Friday, July 07, 2006

Cirit-birit

Kesihatan Hurin tak berapa OK sejak dua minggu lepas. Minggu lepas, seminggu Hurin cirit-birit dan demam. Sekrang pun masih demam terutamanya malam. Lepas pukul 8 mlm badan Hurin panas sampai la ke pagi. Waktu siang kurang sikit panas badan Hurin. Malam ni nak bawa pergi jumpa doktor. Cirit-birit dah OK. Sekarang ni Hurin still minum susu LF (lactose free) untuk elak cirit-birit. Nampak OK cuma demam je tak baik-baik lagi, batuk pun dah bertambah teruk.

Dah boleh berdiri

Dekat 1 bulan tak update blog ni. Hurin dah boleh berdiri sikit-sikit sejak 2 minggu lepas. Tapi berdiri kejap-kejap je la. Skrg ni Hurin memanjat, kerusi malas dan apa2 yg dia boleh panjat, Hurin mesti nak panjat.

Hurin juga dah pandai melambai... Kalau ada org nak balik... bye2 kat Hurin, Hurin dah boleh nak bye-bye (lambai tangan) kat org tu.

Monday, June 12, 2006

Hurin kuat MAKANNNNN!!!

Sekarang ni Hurin kuat makan... lepas dia baik demam dua minggu lepas dan lepas tukar puting botol susu, Hurin makan banyak betul tiap hari. Makan bubur nasi 3 kali sehari. membuang pun 3 kali sehari. Hopefully Hurin bertambah sihat dan berat badan pun bleh naik. :)

Gigi dah dua... nampak dah dua batang gigi hurin keluar... comel je nampak... :)

Demam Pulakkkk

Hari Jumaat lepas Hurin demam pulak... badan panas... tapi kali ni tak la teruk sangat dia. Mula-mula tu memang nampak Hurin tak larat je tapi lepas makan ubat ada la kurang sket. Badan Hurin panas tapi still active.. tak macam org demam.

Pagi tadi rasanya kurang dah demam dia, badan pun tak panas dah. So hantar Hurin ke Nurseri macam biasa.

Tuesday, June 06, 2006

Lupa tukar puting...

Kesian Hurin... Ayah ngan Ibu lupa nak tukar puting botol susu Hurin. Patut la sikit je Hurin minum susu. Since 1 bulan sampai last week, puting susu Hurin tak ditukar. So lastweek Ibu dah belikan puting botol susu yg baru untuk Hurin (untuk 6months+), nampak macam ada improvement dari segi kuantiti susu yang Hurin minum dan kelajuan Hurin menghabiskan susu pun cepat. Mungkin yang dulu tu lubang satu jer, so susu lambat keluar jadi Hurin pun letih nak minum banyak2. Hopefully, berat badan Hurin pun akan meningkat.

By the way, batuk Hurin tak hilang2 jugak... dan selalu kalau tidur malam Hurin selalu gatal tekak dan keluar kahak yang menyebabkan Hurin terjaga. So skarang ni Hurin is maintaining ubat Ventolin(batuk &asthma) dan piriton(selsema)... kalau ada kurangnya nanti nak gak cuba stop ubat2 tu sebab tak elok tuk baby kan :). Doakan la Hurin sembuh dari penyakit-penyakit tu. Amin

Monday, June 05, 2006

Under weight

Hurin skrg ni under weight... sepatutnya 7kg+ but now baru 6.5kg. So ari tu Dr. Nazim suggest minum Neosure disamping Enfapro A+ yg Hurin biasa minum tu. Hope berat Hurin akan bertambah :)

Gigi dah tumbuh :)

Last few days gigi Hurin dah mula muncul.. dua btg gigi bawah dah nak keluar. Semalam dah nampak putih dah gigi depan kiri Hurin. lagi pun skrg ni Hurin kuat makan. Hari2 nak kena buatkan bubur nasi untuk Hurin bawa ke Nurseri. So pagi2 kena bangung and masak bubur nasi Hurin taruk carrot, spinach dan ikan. So Hurin akan makan atleast twice a day.

Jatuh katiL

last week... monday 29 may 2006 at 230am (if not mistaken), Hurin terjatuh dari katil semasa tidur. She was sleeping on the Queen bed with Ibu and Ayah bcoz hurin wasn't feeling well since Thursday. If not biasanya Hurin will be sleeping on her own in her baby cod. So nak dijadikan cerita, Hurin terjatuh dari katil ke atas floor tiles. Meraungggg la dia... lama gak dia nangis dlm 10 minit.

So on Monday morning, Ibu and Ayah terpaksa la ambil Emergency Leave (ibu has been on MC since Thursday bcoz hurin demam). So we brought her to see Dr. Nazim (Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi). Alhamdulillah, takde apa2... Dr ask to mintor for 24hours kalau Hurin muntah2 then bawa smula ke klinik. :) Tapi hurin OK jer :)

Monday, May 15, 2006

I am sitting already....

Rasanya dah dua minggu dah Hurin start duduk. She can seat well now. Kalau merangkak tu jangan cakap la... laju dah dia merangkak... macam berlari tapi atas lutut hehehe.

Malam2 Hurin still slalu terjaga sebab batuk... this is bad. Lama dah tak baik2 lagi. Nak kena ikhtiar cara lain plak.

So far she is growing up well and smooth :). Not much problem except batuk yang tak baik2 tu. Tido malam still a problem la bcoz dia slalu terjaga malam2, so mengganggu gak tido Ayah dan Ibu.

Minum susu... susu Dumex yang Wan Lang bagi tu dah abis... so semalam back to Enfapro A+... and she start drinking a lot.... if for the last month she hardly drink milk when she wakes up in the middle of the night but now 3 times minum susu dari tengah malam hingga ke pagi... so samada EnfaPro A+ tu rasa sedap or ia tak mengenyangkan... tu yg minum byk tu... rabak la poket Ayah camni... setin Rm48 tu bleh tahan seminggu je hehehehe.... Doakan Hurin cepat sembuh ye.

Cikgu Ika kat nurseri Hurin dah berhenti sebab sambung belajar. First few days Hurin muram je bila balik umah. Taktau la.. maybe banyak sgt menangis kat nurseri dia. Selama ni Cikgu Ika la menjaga Hurin sejak dia mula2 pergi nurseri masa umur 2 bulan... dengan cikgu yang lain Hurin tak berapa nak boleh terima. So bila Cikgu Ika berenti, susah la sket... biasanya Cikgu Ika yan layan Hurin main hari-hari. Setahun lagi baru Cikgu Ika datang semula lepas abis belajar.

Pagi tadi pun masa tinggalkan Hurin kat nurseri dia menangis :( . Dulu masa ada Cikgu Ika Hurin suka pegi nurseri sampai kadang2 nak jemput pun dia tak kesah nak balik :)

Wednesday, April 19, 2006

Batuk Lagi!!!

Hurin still batuk tak baik-baik lagi. dah few months dah. hari-hari makan ubat je keje... not good actually. malam tadi dr kul 4 pagi hurin tak bleh tidur... so Ibu pun tak tidur la sampai pagi.. kesian Ibu dah la pagi nak gi keje. Batuk Hurin ni cuma teruk waktu malam nak menjelang pagi jer... kalau siang2 hurin tak batuk sangat. Maybe malam ni nak jumpa doktor lagi.... hmmm.

Wednesday, April 12, 2006

Belum duduk dah nak berdiri...

Ari sabtu lepas 8.4.2006 Hurin dan mula nak berdiri. Taruk dlm baby cod dia mesti nak berdiri kat tepi kod tu. So skrg ni selain merangkak dia dah nak berdiri plak. Lupa nak update pasal merangkak. Hurin dah merangkak sejak dua minggu lepas. So dah merata dia merangkak. Duduk dalam kerusi roda pun Hurin dah pandai bergerak merata :). Seronok tengok perkembangan Hurin.

Batuk Hurin tak baik-baik jugak. Dah berbulan-bulan, ubat pun dah tinggal sket. Kalau Jumaat ni tak baik lagi nak kena pegi jumpa doktor pakar lagi la jawabnya.

Hari-hari Hurin makan bubur Gerber yang di campur air masak. ada perisa ikan, sayuran, pisang dan lain-lain. OK gak dia makan. Berat semasa Hurin is 6.4kg. Tinggi tak tau plak brp :)

Ibu ada buat bubur nasi tuk Hurin masa dia 4 bulan lebih tapi dia tak nak makan, tak tau la kenapa.

Skrg ni Hurin hari-hari pergi ke nurseri kecuali kalau demam teruk.