Monday, December 05, 2005

Demam Lagiiii

Semalam lepas balik dari kenduri kahwin Auntie Ita (betul ke panggilan ni?) kat Seremban, Hurin dan Ibu demam... sampai rumah terus tidur... banyak kali Hurin jaga malam tadi... tiap satu jam... Dah la Ibu demam so Ayah kena la bangun... Selsema Hurin yang dah seminggu tu pun tak baik-baik lagi. Hari jumaat lepas pegi klinik lagi ambil ubat selsema dan kahak sebab ubat yang ambil minggu lepas takde kesan langsung. pagi sabtu tu hingus Hurin dah warna hijau... risau gak tak baik-baik ni sebab esok dah nak ke nurseri semula.

Hari ni plan nak bawa jumpa Dr. Nazim tapi ibu kata nampak dah kurang demam dan selsema. malam tadi memang panas badan Hurin 39 darjah celcius. So sebab dah reda sket demam Hurin so cancel la gi jumpa Dr. Nazim.

No comments: