Hari ini saya puasa. Pagi tadi, Saya bangun sahur makan nasi dengan sayur dan daging kurma . Tak lalu saya nak makan. Saya berasa mengantuk sebab malam tadi saya sembahyang terawih bersama ibu di masjid. Lama betul sembahyangnya. Lepas makan, saya tengok tv cerita kartun. Selepas itu, saya tertidur. Saya bangun pukul sepuluh setelah dikejutkan oleh ibu. Ibu mahu membawa saya ke klinik. Saya mandi dan bersiap. Di klinik saya terpaksa menunggu agak lama untuk berjumpa dr Khairul Azman. Tekak saya terasa perit. Lalu saya meminta gula-gula daripada ibu. Ibu kata, "Hurinkan puasa. Mana boleh makan." Saya terlupa, saya sedang berpuasa. Saya tersenyum.
Apabila bertemu doktor, doktor terperanjat apabila tahu saya berpuasa. Doktor juga terperanjat tengok saya sebab badan saya sudah berisi katanya. Doktor suruh saya makan ubat yang diberinya. Setelah mengambil ubat di kaunter, saya pulang bersama ibu. Saya berasa amat penat dan dahaga. Saya menjemput makcik di komuter lalu pulang ke rumah.
Di rumah makcik ajar saya melukis burung. Ibu suruh saya tidur. Saya terlalu seronok mewarna burung. Ibu sedang tidur manakala makcik menonton awan dania. Tiba-tiba saya batuk lalu saya mencapai botol air untuk menghilangkan perit di tekak. Belum sempat saya minum, ibu menarik botol dengan segera. Ibu pun berkata, "Hurinkan puasa, mana boleh minum". Saya terlupa lagi sekali.
Kemudian saya tidur. Ibu mengejut saya untuk pergi bazar ramadhan untuk membeli makanan.
Setelah menjemput ayah, kami ke bazar ramadhan. Di bazar saya membeli 2 keping ayam madu dan satar. Setelah itu saya pulang. Saya berasa haus dan terlalu lambat masa untuk azan. Kini saya menunggu masa untuk berbuka. Selamat bebuka semua. Alhamdulillah saya dapat berpuasa untuk hari ini.
No comments:
Post a Comment