Friday, January 20, 2012

Hari Graduasi Tadika Ummi Alam Sari 2011

Hari ini 20 Disember 2011, adalah graduasi saya di Tadika Ummi Alam Sari. 2 minggu lagi saya akan masuk Tahun 1 di Sekolah Seri Al-Amin, Bangi. Tak sabar rasanya.

Hari ini saya menjadi pengacara majlis, sayalah 'Pengacara Cilik'. Hari Graduasi ini diadakan di GMI, Bangi. Kat bawah adalah gambar-gambar saya semasa majlis tersebut.























Saya dan ayah













Saya dan Ibu













Saya dan Anis













Saya dan Mak Cik

Monday, August 01, 2011

Puasa oh Puasa di bulan Ramadhan.

Hari ini saya puasa. Pagi tadi, Saya bangun sahur makan nasi dengan sayur dan daging kurma . Tak lalu saya nak makan. Saya berasa mengantuk sebab malam tadi saya sembahyang terawih bersama ibu di masjid. Lama betul sembahyangnya. Lepas makan, saya tengok tv cerita kartun. Selepas itu, saya tertidur. Saya bangun pukul sepuluh setelah dikejutkan oleh ibu. Ibu mahu membawa saya ke klinik. Saya mandi dan bersiap. Di klinik saya terpaksa menunggu agak lama untuk berjumpa dr Khairul Azman. Tekak saya terasa perit. Lalu saya meminta gula-gula daripada ibu. Ibu kata, "Hurinkan puasa. Mana boleh makan." Saya terlupa, saya sedang berpuasa. Saya tersenyum.

Apabila bertemu doktor, doktor terperanjat apabila tahu saya berpuasa. Doktor juga terperanjat tengok saya sebab badan saya sudah berisi katanya. Doktor suruh saya makan ubat yang diberinya. Setelah mengambil ubat di kaunter, saya pulang bersama ibu. Saya berasa amat penat dan dahaga. Saya menjemput makcik di komuter lalu pulang ke rumah.

Di rumah makcik ajar saya melukis burung. Ibu suruh saya tidur. Saya terlalu seronok mewarna burung. Ibu sedang tidur manakala makcik menonton awan dania. Tiba-tiba saya batuk lalu saya mencapai botol air untuk menghilangkan perit di tekak. Belum sempat saya minum, ibu menarik botol dengan segera. Ibu pun berkata, "Hurinkan puasa, mana boleh minum". Saya terlupa lagi sekali.

Kemudian saya tidur. Ibu mengejut saya untuk pergi bazar ramadhan untuk membeli makanan.
Setelah menjemput ayah, kami ke bazar ramadhan. Di bazar saya membeli 2 keping ayam madu dan satar. Setelah itu saya pulang. Saya berasa haus dan terlalu lambat masa untuk azan. Kini saya menunggu masa untuk berbuka. Selamat bebuka semua. Alhamdulillah saya dapat berpuasa untuk hari ini.

Monday, March 22, 2010

School Holiday

Alhamdulillah....after Ayah went for training for almost 3 weeks and another on off trainings, finally Ayah got time to spend with Hurin. And what made Hurin became more excited was because of the school break just arrived, after 2 and a half months being at school.

This school holiday, Ayah and Ibu took 3 days cuti. Bestnya. We decided to 'balik kampung'. Our hometown not really far away from Bangi. 2 days at Wan's house at Seremban and another 3 days at mak and atuk s'house at Rembau.

All the way, Hurin falled into sleep. Before arrived at Wan's house, we had dinner at Benteng Seremban. Hurin tak lalu makan because still sleepy. After Ayah bought pooh stiker from a stallnearby , barulah Hurin cheered up. Lepas makan, Ibu bought another 2 stickers; cat and princess. Hurin very happy. We arrived at Wan house quite late, about 11 p.m.

Esoknya, Ibu planned to bring Hurin to funfair. Unfortunately funfair dah takde. It was over. So, at night Wan ajak all the family members went out to Mc Donalds. Wah Wan belanja makan.

Hurin very eager to go back to Rembau. She missed her cousin very much. But nasib tak baik again, no cousins was around at Rembau. They went out for fishing. And her beloved cousin Izzairi seem 'dibawa lari' dari Hurin. Kesian Hurin. She nangis all the night.

So Ibu promised to bring Hurin to PD. Hurin very excited playing sands and mandi manda. At first memang Hurin very afraid with wave, but after she saw one girl, lebih kurang sebayanya dengan selamba main air, she became excited to try move around by herself, sampai taknak balik hehehe.

Sayangnya, no picture was taken. Handphone Ibu rosak. Maybe next time. Hope the coming holidy will be more...more ...exciting


Monday, February 15, 2010

I am a Smart Reader Kid!

Nampaknya ayah terlampau sibuk sejak join PETRONAS dan takde masa tuk update blog ni. Just a summary of the events happened lately.

Now it is 2010, since January Hurin has started schooling at Smart Reader Kid's Seksyen 9, Bdr Baru Bangi. She likes it very much. But on the 3rd day of school she started to show signs that she doesn't want to go to school. This is because she couldn't understand what the teacher is talking in class since she has Mrs Jaya a Indian teacher to teach her class and her english slang seems to be a little bit alien to her.

So ayah had to call her principle just to tell her this problem. Ibu also spoke to the principle. After that her class teacher stated to speak in both Malay and English. Then Hurin is OK with school.

So now she enjoys school very much. Ayah can still remember how she didn't want to let go of her new school bag. Even at night she said she wanted to go to school! That's how excited she is!

Today is the 15th of February 2010. Hurin did not go to school for the last 1 week as she wasn't feeling well. Coughing badly, fever and flu. She even did not eat much for the last 1 week.

Tonight we had dinner at Ani Sup Utara in Seksyen 9 BBB as Hurin mentioned that she wanted to eat Bihun Sup there.... and she finished 1 big bowl of bihun sup.... that's it! She is back to normal and her real appitite is back!

Tomorrow will be the last day of the long weekend for Chinese New Year, then Hurin will be back to school. The coming 2 weeks will be really tough for us as Ayah won't be around for 2 weeks as he needs to attend the PIPE Orientation Program. So Ibu will be quite tense to handle everthing all by herself. Hopefully Hurin will be a very good girl for the next coming week.

Thursday, January 07, 2010

Happy New Year 2010...Bye Bye 2009


Dah lama betul Ayah tak update blog ni. Betul2 bz :-). Anyway Ibu nak sambung tugas Ayah yang tergendala ni.
Banyak betul info and events yang tertinggal sepanjang tahun 2009 yang nak dimuatkan dalam blog ni. Sampai tak tahu mana satu nak diceritakan. Alhamdulillah semakin berakhirnya tahun 2009 ni semakin bertambah baik kesihatan Hurin. Kalau dulu asyik sakit je, sehingga Ibu terpaksa berhenti kerja dan cari kerja lain sekitar Bangi. Hopefully, pengorbanan Ibu berbaloi.
Hurin sekarang dah makin cerdik and pandai bercakap. And also pandai nak melawa. Siap ada make-up tools sendiri.
September 09 - Sambutan birthday Hurin on 19th this year ala kadar je, lagi pun esok dah nak Raya. But we celebrate her birthday 2 times. Sekali kat rumah mak and atuk di Rembau and satu lagi di kampung Wan kat Gadong. Actually ada 3 celebrations untuk Hurin, but unfortunately the special 'Thomas' cake that we ordered, 'dijatuhkan' oleh pekerja kedai kek. Takpelah maybe next time. Takde rezeki.
September 09 - Cuti2 Malaysia n Raya Feast tahun ni, Hurin pergi Penang dengan Ayah, Ibu, Mak, Mak Cik, Mak Chu, Cik We n family, Cik Yam n Yam and also with new uncle- Uncle Bill. Hurin so excited sebab nak naik kapal terbang from KLIA to Penang. She thought that is the first time naik kapal terbang. Sebenarnya a few times dia dah naik masa kecil, mana nak ingat. Sampai Penang Ayah n Ibu bawa ronda2 pulau before naik ferry menuju rumah tok mama kat Kepala Batas. Hurin memang suka naik ferry. Nasib baik kali ni Hurin tak demam macam first time balik Penang dulu, sampai nak warded kat Hospital disebabkan kuman dalam darah. Balik dari Penang ke KL pun naik flight juga tapi Hurin dah tak excited sangat sebab dia kata naik flight boring...tak nampak apa pun. Anyway Hurin kata best juga Raya tahun ni.
November 09 - Raya Haji Hurin pergi sembahyang raya di surau dekat dengan rumah Mak. Tapi Hurin tak leh nak kushuk sembahyang sebabnya kambing asyik mengembik n tak tahan bau najis lembu. Balik dari surau Hurin nak ikut mak Long pergi tengok orang buat korban. Nasib baik Hurin tak takut tengok bahagian anggota lembu yang terpisah. Esok harinya Hurin pergi rumah Wan kat Seremban sebab Wan ada buat korban. Oleh kerana terlampau syok Raya Haji, main dengan sepupunya Izzairi, abang Iz, n abang Amir, Hurin tak nak balik ke Bangi. Hurin minta izin kat ibu nak tinggal kat rumah Mak. Dia kata dia ada bawa baju 2. Ibu kesian tengok Hurin tapi Ayah tak benarkan. Bimbang takut susahkan orng lain nanti. So malam tu Hurin bertolak balik ke Bangi dengan air mata berlinangan. Tapi bila Ibu janji nak bagi hadiah birthday yang Ibu belum 'hand over', mood Hurin bertukar ceria. Sampai tak boleh nak duduk diam. Excited sangat. Bila sampai rumah, terus ibu serahkan hadiah. Wow tahun ni Hurin dapat hadiah vacuum mainan dari Ayah n Ibu. Bestnya.
December 09 - Cuti2 Malaysia 2, on 25th , Ayah n Ibu bawa jalan2 ke KLCC, together with mak Cik, Mak Chu n abang Iz. Pergi naik skybridge. Mandi pool n tengok fountain. Yang paling best tengok christmast tree yang besar dlm KLCC. Hurin minta ayah belikan Christmas tree sebab Hurin nak hiaskannya. Masa lepak2 makan donat, krew RTM1 mintak kebenaran nak interview Mak Cik sempena cuti2 Malaysia. Mak Cik masuk tv!!. Tapi Hurin marah sebab dia takut nanti Mak Cik tak boleh keluar dari dalam tv. Apala Hurin ni. Belum sempat habis jalan dalam KLCC, Hurin dah terlena keletihan. Hurin belum makan lagi. Letih sangat mandi kolam tu.
December 09 - Cuti2 Malaysia 3, on 26th, Hurin pergi Port Dickson dengan Ayah, Ibu n abang Iz. Hurin mula2 main pasir je. Hurin tak suka dengan ombak. Hurin takut dengar bunyi ombak. Tapi Ibu paksa Hurin mandi laut juga. Hurin menangis tersesak-esak. Hurin peluk Ibu sekuat-kuatnya. Takut sangat dia. Bila Ibu paksa Hurin baring atas pelampung macam Ayah buat, baru Hurin kata bestnya. tapi nak buat macam mana hari dah mula gelap n hujan dah turun. Hurin seronok betul main dengan abang Iz. Lepas siap tukar baju, Ayah n Ibu bawa , Hurin n abang Iz pergi makan kat KFC. Dalam KFC masa Ayah n Ibu tengah pilih menu, Hurin dengan selamba pegang n tarik baju seorang budak lelaki yang menuju ke pintu untuk keluar. Budak lelaki tu kebetulan pakai baju warna merah seakan sama dengan abang Iz. Nasib baik Ibu perasan. Padahal abang Iz ada dekat Ibu. Hurin malu terus muka jadi merah. Hurin...Hurin... Bila nak balik Bangi, Hurin buat hal again. Dia nak ajak abang Iz balik. Nasib baik bila dipujuk, baru Hurin ok. Kesian Hurin, dia boring main seorang diri. Apa nak buat.
December 09 - on 31st, nak pergi tengok bunga api kat mana yer. Ayah balik lambat. Kita pergi tengok area yang dekat jerla. Ayah bawa pergi Mines. Banyak kereta yang berhenti for the same purpose. Apabila tiba detik 12 malam, nothing is happen. No fireworks at all. Mines takde budget for fireworks. Hurin tak puas hati. Dia suruh tunggu juga. Yelah ayah tunggu 10 minit. Memang takde pun. Apa-apapun diharapkan tahun 2010 tidak akan menghampakan Hurin untuk segala-galanya. Insyallah.

* Nanti Ibu tolong uploadkan gambar2 Hurin sepanjang tahun 2009.


Friday, April 10, 2009

I am happy girl




Lama tak ada posting.. dah 3 bulan.
Sekarang Hurin sihat dan gembira selalu. Muka makin Tembam. Makan makin banyak. Alhamdulillah kesiahtan Hurin memuaskan.

Hurin suka makan kek coklat, donut, sup sayur, nasi ayam dan macam2 lagi. Selalu la berebut makanan dengan ibu. Ibu pula kena la buatkan kuih donut dan kek coklat untuk Hurin.

Hurin lebih suka makan ikan dariapada makan ayam... bagus la elok untung otakyang sihat! Hari-hari makan sayur hijau, biasanya sup sayur memang favourite Hurin.

Hurin dah pandai cakap telefon. Kalau telefon rumah berbunyi dia lah yang berkejar menjawabnya:)Cakap bukan main petah lagi.

Sunday, January 11, 2009

Pictures Sept 2008 - Oct2008

I am 3 years old... that's me down there!!!



Gambar kat Pizza Hut sambut Birthday 3 years old! Makan my favourite Chocolate Cake & Spaghetti Olio.








Gambar ni kat Kg Jawa, Kota, NS dengan my cousin Anisah.. celebrate birthday Hurin dan Anisah sekali lagi..




Ni gambar masa raya October 2008... sedapnya makan lemang dengan rendang...






Ni pulak gmbr kat Regency PD.. October 2008



Koleksi Gambar Umur 2 tahun...

Last update was in September 2008, banyak yang dah berlaku dan banyak yang tak terupdate dalam blog ni.

Kat bawah ni gambar lama.. tahun 2007 & 2008 masa Damia Hurin berumur 2 tahun. It was a year ago!











Gambar 1st ni September 2007.




Yang bawah ni April 2007, Avillion PD.


My 1st art work in school... tampal2 jer


Enjoying my Favourite Nasi Lemak & Chocolate Cake



Horse riding at Alamanda Putrajaya..


Driving my favourite train at Manjaku Baby Shop Bdr. Baru Bangi


Driving my friends at Suria KLCC...


Laparnya.. sedap betul... sapgheti olio & bihun Ibu!



My first train ride to Sogo KL (naik LRT)


This is my first anak patung.. Goleo from McDonald.. Euro 2006.

Monday, September 29, 2008

I am now 3 years old!

Lama ayah tak update blog Hurin ni, lapan bulan! Kejap je Hurin dah 3 tahun. Since januari Hurin pergi ke Taska Loving Crystal. Sekarang ni dah berhenti since ibu pun dah berhenti kerja. So Hurin stay je kat rumah dengan ibu masa ayah pergi kerja.

Hari jadi Hurin, Ibu belikan 1 slice of chocolate cake kat Secret Recipe, favourite Hurin tu! Lepas tu pergi plak kat Pizza Hut makan Spaghetti Prawn Olio kegemaran Hurin. Birthday tahun lepas pun pergi ke Pizza Hut dan makan Spaghetti Prawn Olio juga. Hurin seronok betul hari tu.

Sekarang ni Hurin kat Seremban, kat rumah Wan. Lusa dah nak Hari Raya, tahun ni Hurin dah besar dan faham serba sedikit tentang raya, baju raya dan tolong ibu buat kuih raya. Dah tiga malam Hurin tolong ibu buat kuih raya sampai pukul 2 pagi.

Basically Hurin sihat wal'afiat sejak berhenti sekolah ni. Mungkin sebab makan minum dan kesihatan terjaga. Harap2 sihat berpanjanganlah hendaknya.

Thursday, January 24, 2008

Tahun Baru 2008

2 January 2008, Hurin start pergi ke nurseri baru, Loving Crystal kat Seksyen 8 Bandar Baru Bangi. Nurseri ni cuma ambil kids dari umur 2 tahun setengah dan ke atas sahaja. Hurin belum 2 tahun setengah lagi, baru 2 tahun 3 bulan, tapi diorg kata boleh terima. So, Hurin akan join budak2 3 tahun punya kelas.

First two weeks ke nurseri, hari2 Hurin nangis bila hantar. Biasa la tempat baru, tapi sekarang dah OK. Tak nangis dah cuma kadang2 muka sedih sangat mcm tahan nangis. Tapi Hurin faham bila cakap kat dia, Hurin ke pergi school sebab ayah dan ibu kena go to work. Kesian tengok dia kena tinggal hari2. Ye la.. baru 2 tahun dah kena pegi nurseri, awal pagi plak tu, pukul 7 dah hantar ke school...

Kat school baru ni, ada kelas belajar. Ada dancing,coloring dan singing. Doa sebelum belajar pun ada teacher ajarkan. Hopefully she learns something new everyday.

Dari segi kesihatan, nampaknya kat school baru ni better. Maybe sebab takde babies, so tak ramai yg demam selsema sebab kids yg besar ni jarang sakit sebab antibody diorg lebih tinggi. So far takde la demam teruk cuma last week ada panas sket, tapi sikit je, still boleh pergi school. :)

Baru-baru ni Ibu ada beli VCD alif, ba, ta kat pasar malam. Sekarang ni hurin dah mula hafal alif, ba, ta tapi belum hafal sampai habis lagi.

Wednesday, December 19, 2007

Esok Raya Haji

Hari ni Hurin kat Rembau. Kena tinggal dengan Tok Mak. Dah 2 hari Hurin kena tinggal. Mesti Hurin sedihkan sebab Ibu dan Ayah tak balik semalam. :( uwaaaaaa

Bulan ni Hurin tak berapa sihat. Hari tu demam dekat 2 weeks. Wan datang duduk Bangi jaga Hurin sebab Ibu dan Ayah tak boleh nak cuti.

Isnin lepas (10Dec07) hantar Hurin ke Nurseri. Ok je Hurin hari tu. 11Dec07 Cuti Sultan Selangor... Ayah tak keje but Ibu keje. So Hurin tak de la pegi ke nurseri. Esoknya hari Rabu 12 Dec 07, Hurin pegi nurseri semula. Petang tu masa ambil Hurin, Hurin muntah depan pintu nurseri. Hmmmm apa la dia makan kat nurseri ni... badan sihat je, tak demam. Malam tu, pegi pulak ambil Wan dari rumah Anisah kat Bukit Jelutong, Shah Alam. Dalam perjelanan ke sana, 3 kali Hurin muntah dalam kereta. Habis kena kerusi, lantai dan pintu.

Esoknya (Khamis dan Jumaat) Hurin tinggal kat rumah dengan Wan. Sabtu hantar Wan balik Seremban. Makan malam kat Usop Corner dengan Ayah, Ibu, Wan dan uncle Mat. Uncle Man takde sebab pegi camping.

Malam tu Hurin balik ke rembau.Sampai la hari ni. Isnin ayah dan ibu balik ke Bangi sebab kerja. Hurin 1st time tinggal kat Rembau.

Bulan November ari tu ada buat open house raya... raya la org datang, boleh kata semua la datang. Sejak lepas raya ni Hurin dah mula kenal orang... so tak de la takut2 bila jumpa org lain. Kalau ada org datang rumah, Hurin punya la seronok. Kalau org tu nak balik nanti Hurin menangis mungkin sebab kena tinggalkan. Dia nak main tak de kawan.

Wednesday, September 19, 2007

Today I am 2 years old!!!

Cepatnya massa berlalu, hari ni genap Hurin 2 tahun. Hurin dah besar, cakap pun dah petah, garang plak tu. kadang2 degil pun ada. Gigi dah banyak, makan pun banyak. Since last blog update macam2 dah berlaku.

Malam tadi , ibu dan ayah bawak Hurin makan kat Pizza Hut, bukan makan pizza tapi Hurin suka makan spaghetti yang kaler putih tu. ntah apa ke nama dia. So sempena besday Hurin bawak la gi makan kat situ.

Sebelum tu ada beli besday kek coklat tuk Hurin, so sempat la blow candle kat rumah before pegi Pizza Hut. Hurin plak takut nak blow candles tu. Lepas Hurin potong kek tu banyak gak dia makan, sedap dia kata. Ibu yang belikan kek coklat tu, mahal plak tu, setengah kilo sampai RM32. takpe la skali skala je. So Happy Birthday Hurin!!! Dah 2 Tahun dah kan.

Bulan Ogos lepas sebulan Hurin tak ke nurseri lepas baik dari kena penyakit Kaki, tangan dan mulut. Masa tu mulut penuh ulser nak makan pun susah, dah demam. Penyakit tu berjangkit dari budak2 kat nurseri. So, Hurin tak pegi nurseri selama 2 weeks dalam bulan Julai. Kebetulan pulak Ibu kena sakit mata dan MC 2 minggu, so Ibu la jaga Hurin kat rumah.

Bulan Ogos Ibu dah berenti keje sebab tak dapat gaji 2 bulan. So Hurin pun cuti la dari nurseri selama sebulan. Duk di rumah badan Hurin nampak berisi sikit, pipi pun dah bulat, makan byk, dan makan terjaga. Rasanya kat Nurseri diorg tak bagi Hurin makan sampai habis. Kalau kat rumah Hurin makan nasi siap bertambah lagi, tak cukup 1 mangkuk nasi. Bila balik Rembau dan Seremban semua orang kata badan Hurin nampak sihat dan berisi. Berat pun dah naik ke 10 kg. Alhamdulillah.

Hurin dan boleh hafal ABC sampai Z, one, two, three pun dah boleh sampai ten cuma kadang2 termiss nine, after eight terus ten :). Doa makan pun dah boleh baca sikit2.

September Ibu start keje kat RHB Jalan Bukit Bintang, so Hurin start ke Nurseri semula. kat Nurseri Hurin belajar satu, dua, tiga in BM. balik umah dia sebut tapi tak abis lagi sampai sepuluh. Pastu doa makan pun ada improvement, rasanya cikgu pun ada ajar kat Nurseri. Berat badan still maintain 10kg. Muka dah kurang bulat, pipi dah mula kurus sebab makan tak dijaga.

Start Ibu keje kat KL ni, jadual harian semua berubah. Semua orang keletihan. Pagi bangun 530pagi, buat nasi dan sup sayur untuk Hurin ke sekolah. Hurin bangun dalam pukul 6 lebih, mandi, makan ubat, makan spirulina, breakfast then kul 7 hantar ke Nurseri. Lepas tu Ayah pegi hantar Ibu ke KL. lepas hantar Ibu Ayah ke pejabat kat Kajang.

Petang pulak, Ayah ambil Hurin lebih kurang 530pm, then pegi ambil Ibu kat KL. sampai KL dalam 615pm or 630pm, sampai rumah paling cepat 715 malam. Kul 10 malam dah kena masuk tido sebab nak bangun 530pagi esoknya. Memang amat meletihkan, badan abis sakit2, penat sangat rasa, buat masa terpaksa diteruskan. Doakan la Ibu dapat kerja berdekatan so tak payah la nak terkejar2 hari-hari.

Friday, June 08, 2007

1 year 8 months +

WOW!!! lamanya tak update blog Hurin ni. Macam2 dah berlaku dalam last few months. Hurin dah boleh bercakap agak lancar dan memberi arahan. Mengenali objek dan gambar. Dah mula belajar ABC DARI CD Disney Barney. Berlari memang dah laju dah. Percakapan pun dah dalam bentuk ayat.

Kalau nak makan, Hurin akan kata 'Nak Rice','Nak Chuicken',etc. Hurin juga dah boleh mengingat nama2 orang.

Gigi pun dah banyak. gigi depan 4 atas, 4 bawah, geraham 4, gigi taring dah mula nak keluar. Kalau taim Hurin sihat memang dia kuat makan. tapi badan still kecik gak baru dlm 9 kilo. Malam tadi je dia makan bubur, bihun dan waffle. semuanya dia nak makan serentak.

Last weekend we went back to Penang, Uncle Chik punya wedding kat Kepala Batas. Arrived there on Thursday and the wedding is on Sunday. An hour after we arrived, Hurin membuang then ada darah sekali ngan lendir. Ibu was paniced. we went to a normal provate clinic but the doctor wanted to refer Hurin to the Hospital since they dont have sufficient medications. Waaaa. camne ni datang jauh2 pastu nak kena duk hospital plak.

Then ayah called his fren (uncle Pakwan in Seberang Jaya), ayah asked him where is the best pediatrician yg dia biasa bawa anak2 dia. So Uncle Pakwan, sent us there. The doctor gave some medications, antibiotics, etc. If the next day still no improvement then the doctor will jab the antibiotic. So every morning till Sunday we went to take a jab at the clinic.

According to the doctor, the virus infection has been there for few days but we did not realized it untilthe blood started to come out. The infection could be from poluted water that Hurin drank, tak tau la dari mana.

Now i think Hurin has recovered from the infection. She looks healthy.

Saturday, March 31, 2007

Dah 18 bulan.. setahun setengah laaaa...

Lamanya tak update blog Hurin ni, dah dua bulan lebih. Sekarang ni Hurin dah pandai berlari, bercakap pun boleh tahan. dah banyak vocabulary yang Hurin tahu. Dah boleh mengenali gambar yang ada dalam buku. Tahu serba sedikit anggota badan. Faham arahan yang diberikan.

Kesihatan pun boleh dikatakan OK. Tak la selalu demam macam dulu.
Hurin pun agak garang sekarang ni. favourite word kalau marah ialah 'Ambooooiiiii!!!'

Hurin boleh memahami arahan dalam bahasa inggeris seperti 'Take your milk and put on the table'. Antara vocal baru Hurin yang dia faham dan boleh sebut ialah
1. Shirt
2. Seluar
3. Bedak
4. powder
5. Car
6. Bus
7. Lorry
8. Moon
9. Cat
10.Dog
11.Rice
12.Bobor (bubur)
13.Orange
14.Water
15.Drink
16.Bread
17.Ubat
18.Rain
19.hehehee tak ingat la byk sgt nak tulis

Hurin pun tak susah nak makan ubat sekarang ni. Suka makan biskut dan roti.
Kalau malam nak tidur, Hurin akan minta susu dan kain, lepas tu dia akan baring minum susu dan terus tidur. Alhamdulillah senang juga... tak payah berbuai.

Hurin pun dah boleh ingat nama2 orang... seperti Acu, Acik, A'iz, Sincan,Atok,Mak.
Sekarang ni Hurin pantang kalau nampak playground mesti nak pergi main dan tak nak balik. Dah pandai main gelongsor.

Hari berkerja Hurin bangun pukul 7 pagi dan mandi sebelum pergi ke nurseri. Hurin akan tinggal di nurseri hingga pukul 6.30 petang. Dan balik ke rumah HUrin akan makan malam; nasi/ bubur dengan sup sayur + lauk ikan/ayam. Lepas Hurin akan main toys dia or baca buku gambar buah dan buku binatang atau pun buku cerita bergambar.

Sunday, January 21, 2007

Hari Raya October 2006 Pictures

These pictures were taken by UNcle Man using his handphone.... Thank you












Thursday, December 28, 2006

I am healthy

Alhamdulillah.. Hurin bertambah sihat dan pipi makin bulat. Dah pandai berlari2 anak. Selalu ceria, suka tersenyum :) pandai bergurau...

Percakapan pun bertambah baik. Vocab dah bertambah, tak kira in BM and also BI. At the moment, her favorite words are 'Abam' which is 'abang' and 'kakak'.
List of vocabs yang dah boleh Hurin sebut(setakat yg ingat je tak ingat nak tulis semua):-
1. ayah
2. ibo = ibu
3. kakak
4. abam = abang
5. milk
6. car
7. lorry
8. bas
9. ball
10. bedak / powder
11. cat (kucing)
12. horse (rocking horse)
13. bread
14. kain (napkin)
15. light
16. nak (bila nak sesuatu)
17. baby
18. cak (sergah)
19. yak (bila berak atau kencing dah penuh pampers)

Hurin juga dah boleh mengenal anggota badan. Dia tahu nose, hair, eye, mouth, ear, leg, hand, teeth dan boleh menunjukkan jari ke anggota badan yang dituturkan.

Jika disuruh amik 'water' bottle, Hurin faham dan tahu untuk bangun dan pergi mengambil. Suruh letakkan barang atas 'basket' pun dia dah faham.
List of things that she knows (but not able to pronounce) and able to take it if asked to go and take the particular mentioned things. The list are :-
1. bee (doll)
2. goleo (doll)
3. fan
4. motor (motorcycle)
5. lie down
6. stand uo
7. sit down
8. go
9. come
10. give
11. take
12. eat
13. drink
14. sleep
15. book
16. shoe
17. flag
18. balloon
19. wash mouth
20. put on your shoes
21. put back (simpan semula)

Kalau kena marah, Hurin akan tutup muka (mata) dengan kedua-dua tangan, dan dah pandai merajuk.... tak tahu la saper yang ajar.

She will sing along when she hears nice tunes especially 'twinkle, twinkle, little star'. and will dance on good beats... :)

Tentang berat badan pulak bertambah terlalu perlahan, rasanya baru 8kg+ je at the age of 1 year 3 months+... she is under weight. Makan OK, susu OK. Tidur malam Hurin bangun dua atau tiga kali untuk minum susu.

Ubat dah kurang makan, cuma bila ada tanda2 nak start demam, batuk or selsema je. SO far kesihatan adalah stabil.

Hurin dah tak takut dengar orang2 yg dia biasa jumpa. Dah boleh bergurau dengan orang lain tetapi bukan semua orang. Hurin suka menegur kanak-kanak lain kalau terserempak.

:) Alhamdulillah....

Friday, November 03, 2006

I am walking!!!!

Lama tak update, Damia Hurin Safiya is now 13months plus. about 1 motnh plus tak update. Two week after her 1 year birthday, Damia finally start walking on her own. Now she starts running.

Hmmm, last month, Damin was admitted in Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah for skin infection. Whole face reddish and membengkak. So kena admit 2 days. Kena cucuk antibiotik while in hospital. After 2 days, reddish dah kurang and boleh balik, chrages kena alost RM1K. She was treated for Celulitis.

For her birthday, she got a horse (rocking horse not realhorse), bought it for her since she likes to ride it at her nursery sampai taknak balik rumah kadang2. Punya la susah nak cari kuda ni, last2 dapat gak kat Giant Puchong.

For hari raya, Damia for the 1st time pakai baju kurung kaler coklat sama dengan ayah dan ibu. Dapat byk gak baju raya dari Wan-wan dan nenek-nenek di kampung.

Now, her favorite food is BREAD!!! Bagi je la roti apa pun mesti Damia tak tolak. Makan pun banyak, dah makan nasi, makan roti lagi, lepas tu minum susu plak. Badan pun dah mula semagnat tapi sebab dia dah boleh berjalan tak la penat sangat nak dukung dia. Kesihatan Damia secara keseleuruhannya agak stabil :)

Raya ni setakat ni dah dapat duit raya dlm RM200++. Boleh la masukkan ke akaun bank Damia tuk kegunaan dia dah besar nanti. Thank you tuk semua yg bagi suit raya tu.

Tuesday, September 19, 2006

Dah 1 tahun!!!

Kejap je dah setahun umur Hurin. Hari ni genap 1 tahun umur Hurin. Hurin dah membesar menjadi seorang yang aktif, lincah, ceria dan cerdik :)

Setakat ni dah boleh sebut 'ayah' dan 'mam'(makan). Hurin juga kenal objek2, jika kita sebut 'flag' dia akan lihat sekeliling untuk mencari bendera. begitu juga dengan perkataan seperti 'ibu','ayah','fan','light','cat' dan byk lagi. Dia dah mula faham apa yg kita perkatakan. kalau cakap 'sit' or 'stand' Hurin akan buat seperti yg diminta.

Dari segi kesihatan, agak kurang baik, Hurin mudah demam, setiap bulan mesti demam, sekarang ni sedang batuk2, teruk juga bunyinya. So makan ubat je la hari2.

Gigi dah keluar 2 di atas (besar plak tu) dan dua di bawah. nampak ada lagi nak kuar di kiri dan kanan gigi2 tu. makanan kegermaran Hurin ialah biskut baby 'rusk', kalau beri memang dia tak tolak. Adakalanya bila Hurin merengek dia nakkan biskut, kdg2 air masak, kdg2 susu... so kena la sua satu2 kat dia, mana yg dia taknak tu nanti dia geleng kepala sampai la kita suakan apa yg dia nak. :)

Takat ni dulu, maybe malam esok nak bawa Hurin gi cucuk sbb dah 1 tahun :)

Sehingga jumpa lagi di lain update

Monday, August 07, 2006

Gigi atas dah keluarrrrr

Dalam pada Hurin demam sejak hari Rabu lepas (5 hari dah) rupa-rupanya gigi atas HUrin dah keluar dua batang. Semalam jer baru Ibu perasan sbb tak berapa nampak lagi gigi tu. Lambantnya tumbuh , rasanya dah dua bulan sejak dua batang gigi bawah Hurin tumbuh. So sekarang semua dah ada 4 batang.. dua atas dan dua bawah. :)

Semua M.C. ari ni

Hari ni Ibu dan Ayah cirit-birit. Hurin pulak tak sihat-sihat lagi. Hantar pergi nurseri pagi tadi tapi Hurin merengek je kat nurseri. Lepas ayah dan ibu pegi klinik terus pegi ambil Hurin kat nurseri. Masa ambil HUrin mata Hurin bengkak jer sebab banyak menangis kot. Lepas balik rumah nampak Hurin ceria sikit. Demam panas dah kurang tapi selsema dan batuk masih ada lagi. Bila batuk bunyi kahak tapi tak keluar. Mungkin malam ni nak kena pergi klinik untuk ambil gas untuk keluarkan kahak.