Friday, November 25, 2005

Demam ke malam tadi?

Semalam Khamis 24 November 2005... gambar studio Hurin saiz 8R tu dah siap. pegi amik lepas jemput Hurin dari nurseri pukul 6.15 minit petang. siap taruk frame tapi orang tu tak pandai tangkap gambar sebab kecik sangat kat tengah-tengah frame, keliling banyak ruang kosong.

Malam tadi Hurin selsema plak. berjangkit dari budak-budak kat nurseri kot. Pagi tadi Ibu ingat nak cuti je sebab Hurin demam tapi lepas bagi ubat, rasanya badan dia dah tak panas dah.. so hantar gak ke la ke Nurseri... tak tahu la petang nanti dia demam ke tak?

Tenghari tadi Ayah dan Ibu pegi Maybank Bandar Baru Bangi untuk buka akaun bersama Hurin dan Ibu. Masukkan duit raya dan duit yang orang bagi masa Hurin lahir hari tu.

No comments: