Hi... it is my 1st posting after Hari Raya holidays... few days before raya till Hari Raya, Damia meragam je time nak tido, pukul 3 pagi baru tido. esok paginya Ayah dan Ibu teramat la letih dan mengantuk. cuma 3 hari lepas baru la nampak OK sket.
Pada hari raya kedua, Ibu cuba bagi susu botol kat Damia tapi dia taknak minum. susah la jugak tapi akhirnya minum jugak. Hari Ahad dan Isnin malam masa bagi Damia menyusu botol, habis je minum dia muntahkan semula... taktau la kenapa... tapi kadang-kadang takde plak problem muntah lepas minum susu botol ni. Belum serasi lagi kot. So sejak minum susu botol ada perubahan pada 'bahan buangan' dia... lebih berbau dan berkuantiti hehehehe... tapi semalam after few days bagi susu botol nampak bahan buangan tu dah kembali normal mungkin dah mula serasi kot.
Pada hari Isnin 7 November 2005, Ayah dan Ibu dah cukur rambut di kepala Damia... sebenarnya nak buat lama dah tak sure bagaimana caranya.. tanya orang lain semua tak dapat nak berikan tunjuk ajar... tu la benda yang paling susah... bukan susah nak tentang cukur rambut tu tapi pasal takde orang yang lebih tua yang sudi dan dapat membimbing or at least memberikan panduan tentang benda-benda yang sepatutnya dibuat selepas kelahiran bayi. Sekarang ni berfikir-fikir tentang aqiqah still tak dapat gambaran yang betul-betul jelas tentang cara aqiqah yang dituntut oleh Islam... pening kepala Ayah dan Ibu... rujuk buku pun tak jelas tanya orang pun tak dapat jawapan yang jelas... tak tau dah nak rujuk kat mana... kena la buat decision sendiri nampaknya. Sejak Damia lahir banyak benda-benda yang tak jelas tentang apa yang perlu dibuat selepas proses kelahiran bukan sahaja untuk baby but also for Ibu... berpantang pun berdua je Ibu dan Ayah... cuma Wan Seremban ada la datang tuk 2 minggu pertama... susah rasanya takde org bantu semua nak buat sendiri... ibu pun patutnya berpantang banyak benda takleh buat kena berehat je tapi memandangkan dah takde orang nak tolong buat terpaksa la Ibu buat sendiri... tambah-tambah lagi time tu baby Damia selalu je meragam... lepas bangun tido pagi memang ibu tak dapat nak buat apa sebab baby meragam je... ayah pulak pegi keje... tak tahu la nak cakap apa.. kesian Ibu... habis badan semua sakit-sakit... tawakkal je la... minta-minta Allah permudahkan perjalanan hari-hari yang mendatang ni.
Berbalik pada mencukur rambut tadi... lepas cukur tu botak la kepala si Damia Hurin Safiya... gambarnya nanti bila dah scan Ayah akan masukkan. :)
So hari ni Ayah dah start keje so tinggal la Damia dan Ibu di rumah... cuti skolah ni ada la Mak Cu Uya temankan sementara Ibu tak keje lagi... tinggal lagi 10 hari je Ibu nak start keje... tak tahu la camne Damia nanti... nak kena hantar ke Nurseri la plak... kesian kat dia... risau Ayah dan Ibu... Nurseri pun tak dapat lagi ni.
No comments:
Post a Comment