Saturday, March 04, 2006

27 Februari 2006

Isnin...
Minggu ni dijadualkan tak berapa teruk sebab takde appoinmnet dengan doktor sehingga hari Khamis. Hari ni semuanya OK, Hurin pun tak meragam.

Selasa & Rabu...
Tak byk yang berlaku semuanya berjalan seperti rutin harian minggu-mingu yang lepas.

Khamis...(2.3.2006)
Lepas kerja Ibu ada appoinment dengan Fisioterapi kat KPMC Kajang pukul 7pm. Lama juga kali ni. 4 treatment... cycling... wax... terapi pakai machine(tak ingat nama dia) dan hari ni mula exercise tuk tulang belakang. Madam Kavita pasangkan alat tuk menarik semula tulang belakang tu bagi lurus (kalau tak silap la). Sakit kata Ibu... doakanlah cepat sembuh. Minggu ni dah minggu ke-4 Ibu menjalani rawatan Fisioterapi... bayaran satu sesi RM80 (fuh bleh makan byk ari tu... :) tapi takpe la nak bagi sembuh... Insya Allah)
Khamis malam Jumaat... badan Hurin rasa panas sket.. agaknya nak demam... kul 4 pagi(Jumaat) bagi Hurin makan ubat demam sebab rasa badan dia bertambah panas. Mula dari pukul 4 pagi Hurin tak tido sampai la ke pagi... Sah demam!!!

Jumaat...(3.3.2006)
Pagi... Hurin demam... check termometer 40 darjah celcius!!! 730pagi bawa Hurin pegi Polklinik AlHaj, Fasa 4 Tambahan, BB Bangi. Doktor check temperature 39 darjah celcius... panas dia kata.. dia masukkan ubat ikut bontot. Pastu doktor bagi ubat demam, batuk, selsema dan antibiotik. Ibu terpaksa ambil MC.
Petang...
Hurin meragam sepanjang hari, nak berdukung je. Ibu pun dan sakit lutut semula sebagai pegang Hurin dari pagi. Badan panas lagi... Ibu jaram dengan air daun bungan raya. Ibu letih sangat.
Malam... Panas badan Hurin still macam tu.. Ayah decide bawa ke Klinik Ummi Salihah, Fasa 4 Tambahan, BB Bangi untuk jumpa Doktor Pakar Kanak-kanak. Pukul 800pm pegi klinik jumpa doktor pakar. Tempertaur still tinggi. Doktor check hidung.. OK. Telinga...OK, Tekak.. tak OK!!! ada banyak mata ikan (ulser) kat tekak Hurin. Patut la dia tak nak minum susu dan tak telan air liur (meleleh). So doktor bagi ubat batuk, demam dan antibiotik. Kena la RM42 pulak :)
Sepanjang malam Hurin meragam, bukan main susah nak bagi lelap... lelap kejap pastu terjaga... susu pun tak nak minum.. air masak Hurin minum...
Dekat nak pagi baru ok sikit.. pukul 5 pagi baru Hurin nak minum susu.. dan boleh nak tidur kejap... tak lama lelap dia terjaga balik.. rasanya sebab tekak Hurin sakit. Badan still panas.. 500am temperature 38 darjah celcius.

No comments: