Tuesday, March 28, 2006

Penatnyerrr...

Letih betul rasanya ari ni...

Jumaat lepas pegi jumpa Doktor pakar kanak2, masa tu batuk Hurin tak la teruk sangat. Tapi semalam dah tambah teruk, kahak dah hijau pekat , selsema pun meleleh hijau pekat... rasanya ni la batuk dan kahak yang paling teruk Hurin penah kena sejak lahir. Tambahan pula start hari Sabtu Hurin dah start demam panas, so cukup la pakej... demam, batuk dan selsema. So semalam Ibu terpaksa la ambil MC. Malam tadi pegi semula jumpa doktor pakar sebab batuk dah teruk sangat bunyi pun macam orang tua batuk berkahak.

Hari ni Ibu plak demam, badan panas sangat, satu badan sakit tapi Ibu nak gak pegi opis sebab bulan ni je dah 5 hari Ibu MC sebab Hurin sakit. Patutnya petang ni Ibu ada appoinment dengan Dr. Rauf (Pakar Tulang) tapi doktor plak MC. Kalau jumpa Doktor ari ni ingat nak discuss pasal nak buat MRI scan tu. Dr Rauf cadangkan Ibu buat MRI scan sebab tak dapat pastikan sebab sakit tulang belekang dan kaki Ibu. Kena tunggu hari Khamis plak la kalau Dr. Rauf dah sihat.

Hari ni hantar Hurin ke sekolah walaupun badan dia panas sket2. Tengok la camner dia petang nanti. Hope Hurin tambah sihat.

No comments: