Saturday, February 16, 2013

Kelas Tiusyen Bahasa Inggeris dan Arab

Sebenarnya saya telah lama mengikuti kelas tiusyen Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Kelas Bahasa Arab adalah pada setiap hari Sabtu pada pukul 10.45 pagi. Kelas tamat pada pukul 12/15 tengahari. Ayah dan ibu akan menghantar dan menjemput saya setiap hari Sabtu. Jika ada aktiviti di sekolah pada hari Sabtu, saya tidak akan pergi ke kelas Bahasa Arab. Saya belajar Bahasa Arab di Arabic Resources, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Nama ustaz saya adalah Ustaz A'la. Dia seorang berbangsa Arab.

Setiap hari Selasa, saya akan pergi ke kelas tiusyen Bahasa Inggeris di Smart Reader Seksyen 9. Kelas bermula dari pukul 8 malam dan habis pada pukul 10 malam. Semasa saya berumur 5 tahun saya pernah belajar di Smart Reader selama 1 tahun. Kemudian saya bertukar ke Tadika Ummi di Alam Sari. Semasa berumur 6 tahun lagi saya dah mula menghadiri kelas tiusyen Bahasa Inggeris ini. Sekarang saya di Level 4.

No comments: