Assalamualaikum
Dah 1 tahun saya tak update blog ni. Jadi kita mulakan dengan kisah saya pada tahun lepas... tahun 2012.
Januari 2012
Minggu pertama persekolahan bermula di Sekolah Sri Al-Amin Bangi. Saya ditempatkan di kelas 1 Khadijah. Di dalam kelas saya lebih kurang 30 orang murid-murid. Nama muallimah (guru) kelas saya adalah Muallimah Sitti Ruzaini dan dibantu oleh Muallimah Rozaini. Saya sangat seronok bersekolah di sini.
Seperti biasa, saya akan membawa bekal makanan ke sekolah. Saya tidak makan makanan yang disediakan di kantin sekolah sebab saya alah kepada makanan yang gatal. Jadi, setiap hari saya membawa nasi, lauk dan sup sayur ke sekolah. Saya akan makan bersama kawan-kawan di kantin sekolah. Kawan-kawan saya makan beramai-ramai berkongsi satu dulang nasi dan lauk bersama-sama seramai 4 orang. Saya akan duduk bersama mereka menikmati bekalan yang saya bawa dari rumah.
Setiap pagi saya akan bangun pada pukul 6.15 pagi. Mandi, solat subuh, minum susu dan bersiap untuk ke sekolah. Ayah dan ibu akan menghantar saya ke sekolah setiap pagi. Sekolah bermula pada pukul 8 pagi. Setiap pagi saya dan kawan-kawan akan beratur diluarkan kelas untuk membaca doa beramai-ramai. Kemudian kelas akan dimulakan dengan mata pelajaran Hafazan. Waktu rehat adalah pada pukul 9.30 pagi. waktu makan tengahari pula adalah pada pukul 12.30 tengahari. Selepas makan, kelas akan disambung semula sehingga pukul 3 petang. Kemudian saya dan kawan-kawan akan solat Zuhur berjemaah di kantin lama. Pada pukul 330 petang, kami akan beratur di luar kelas untuk membaca doa sebelum balik. Ibu akan menjemput saya setiap hari. Selepas sekolah, saya akan mengikut ibu ke pejabat.
Pada pukul 6 petang, saya dan ibu akan pulang ke rumah. Saya akan pergi menjemput ayah di Stesen Komuter setiap hari.
No comments:
Post a Comment